FOLLOWERS

Thursday, November 17, 2011

Jom jadikan gigi kuat~!

salam everyone~!

hari ini didie nak ajak korang semua jadikan gigi masing - masing kuat~!

kalau nak gigi korang, korang , korang tue kuat..wajib lah gosok gigi yer~~



ada x yg xsuka gosok gigi? 

jangan terkejut kalau orang sebelah kamu tue pengsan tiba - tiba...hahahaha

jom, kalau nak gigi korang kuat..sila gunakan ubat gigi berfluorida

UBAT GIGI BERFLUORIDA



Faedah guna ubat gigi berfluorida 

  • Dapat mencegah karies gigi
  • Dapat menurunkan kada karies gigi di seluruh dunia
  • Dapat menguatkan gigi

Penggunaan ubat gigi berfluorida

  • Gunakan secalit ubat gigi berfluorida bagi kanak - kanak berusia 4 tahun kebawah.
  • Bagi 4 tahun ke atas, gunakan hanya 5mm sahaja.
  • Pastikan kanak - kanak tidak menelan ubat gigi.
  • Perlu meludah dan berkumur selepas memberus gigi.

Tips penggunaan 

  • Gunakan berus gigi yang bersesuaian dengan saiz mulut.
  • Baca label ubat gigi untuk mengetahui kandungan bahan aktif seperti Sodium Fluorida & Sodium Manofluorophosphate. Kandungan fluorida 1000 ppm adalah bersamaan dengan 0.1 %.

Berus gigi dengan ubat gigi berfluorida boleh

  • Mengubati peringkat awal karies gigi.
  • Menguatkan semula enamel gigi.
  • Mencegah dan mengawal kerosakan gigi.
  • Mencegah penyakit gusi.
  • Membersih gigi.
  • Menyegarkan nafas.

Langkah untuk jaga kesihatan gigi

  • Berus gigi sekurang - kurangnya 2 kali sehari, pagi dan malam selepas makan.
  • Makan secara sihat. Pilih lah makanan yang berkhasiat.
  • Kurangkan kekerapan dan jumlah makanan manis.
  • Dapatkan pemeriksaaan di klinik gigi sekurang - kurangnya setahun sekali.

sumber : Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia

p/s : aku suka pi scaling gigi sebab doktor kat sini baek woo..setiap 6 bulan aku pi..ngeh3x..


cheeseeee...putih berseriii


kuceng pown nak try berus gigi...heee


No comments:

Post a Comment