salam everyone~!
lebih kurang sejam je nieh kita nak dapat buku baru.. so untuk penutup buku lama. jum lah kita sama - sama baca doa akhir tahun dan doa awal tahun. cepat je rasa. rasa macam je balik rumah, baca doa akhir tahun dgn doa awal tahun dengan family. kali ni xsempat balik, so di kl saja lah.. xkira di mana - mana pun asalkan kita buat.. ye dak~? hee
jangan lupa baca taw.
doa akhir tahun - di baca sebanyak 3 kali saat menjelang akhir tahun baru Islam. Seeloknya di baca selepas waktu asar ( hujung-hujung waktu asar) dan boleh lah ready untuk solat maghrib sekali. Moga doa kita mendapat keampunan dan keredhaan ALLAH SWT atas segala perkara yang kita lakukan di muka bumi NYA.
doa awal tahun - dibaca sebanyak 3 kali ketika tahun baru Islam menjelma iaitu pada 1 Muharam. Boleh dibaca selepas waktu maghrib atau pun sesudahnya kita selesai solat maghrib. Moga dengan doa ini dapat kita memohon kepada ALLAH SWT agar pada tahun baru ini kita dapat meningkatkan dan memperbaiki amalan kita di sisi -NYA.
~~SALAM MAAL HIJRAH 1434~~

No comments:
Post a Comment