FOLLOWERS

Saturday, February 5, 2011

bunga oh bunga

salam everyone~!

arinieh nak share sal bunga~ bunga oh bunga..i lyke to0..tapi xpernah dapat pown hehe..bertuah sape yang penah dapat..hehe kinda jeles..hehe bunga membawa maksud cinta, kesedihan, tahniah atau meraikan hari - hari yang sangat penting dalam kehidupan. Bunga sangat penting sebab bunga nie kan macam perantaraan dalam untuk menyatakan perasaan..hee~!
merah : 
Warna merah membawa maksud kesungguhan dan cinta yang mendalam. Kebanyakan pasangan kekasih gemar hadiahkan kekasih mereka dengan mawar merah kerana kecantikan bunga yang memberi tenaga & kuasa. semakin gelap warna merah, semakin tebal cinta seseorang itu. 

jingga : 
Mawar jingga melambangkan keyakinan & kesungguhan dalam kehidupan. Mawar jingga memberi maksud seorang jejaka itu telah bersedia melangkah ke alam percintaan.

kuning :
Mawar kuning membawa maksud kegembiraan kerana warnanya terang mampu menceriakan seseorang dan membawa maksud persahabatan atau pemberian tersebut membawa maksud si dia telah memberikan kamu peluang kedua.
hijau :
Mawar hijau memberi maksud tuah & kesihatan. Ia juga membawa maksud penjanaan kualiti keremajaan & masa depan yang bertuah.so0, kalau ada orang bagi bunga nieh, tue tandanya dia ambil berat pasal kesihatan kamu..

biru :
Mawar biru berkeupayaan menghapuskan kerisauan kerana warna ini membawa maksud ketenangan & kedamaian.so0, bagi la kat si dia kalau de risau...hehe

putih :
Putih melambangkan keaslian & penghargaan. Bunga ni sering di bagi untuk orang yang sedang melangkah ke fasa baru dalam kehidupan seperti perkahwinan @ kematian.
ungu : 
Pemberian mawar ungu membawa maksud cinta pandang pertama. Kecantikan warna ungu membawa elemen romantik & merupakan warna terbaik untuk menzahirkan penghargaan.

so0, pilih la mana satu bunga yang terbaik untuk melambangkan perasaan anda terhadap seseorang..hehe

till then...






2 comments: