FOLLOWERS

Showing posts with label fAcTs. Show all posts
Showing posts with label fAcTs. Show all posts

Saturday, August 13, 2011

facts~~

salam everyone~! 

jum baca nieh~~

1. Terdapat lebih daripada 2500 spesies cendawan tumbuh di permukaan bumi...

2. Arachibutyrophobia merupakan rasa ketakutan seseorang apabila mentega kacang terlekat pada lelangit mulutnya....

3. Laluan keretapi yang terpanjang di dunia terletak di Peru. The Central Railway adalah nama laluan keretapi itu di mana ia perlu mendaki sehingga 15 694 kaki di terowong Galera yang terletak pada 108 batu dari Lima untuk menuju ke kawasan yang di beri nama Machu Picchu.....

4. Jika setiap langkah kamu memiliki jarak kepanjangan 30 inci, maka kamu memerlukan 2112 langkah untuk mencapai jarak 1 batu....

5. Singa laut jantan dianggarkan memiliki lebih daripada 100 pasangan dan ada kalanya berkeupayaan selama 3bulan tidak makan kerana merantau dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

6. Berdasarkan populasi, Mandarin merupakan bahasa yang terbesar yang digunakan didunia, diikuti bahasa Sepanyol, Inggeris dan Benggali....

7. Seorang bayi lahir setiap 7 saat...

8. Secara purata, kaset audio berdurasi 60 minit memiliki 562.5 kaki pita rakaman di dalamnya....

9. Terdapat 318,979,564,000 cara untuk menamatkan permainan catur....

10. Secara purata, manusia menuturkan 5000 perkataan setiap hari....



Tuesday, May 17, 2011

FAQ Foundation - Universiti Kuala Lumpur

 
KUALA LUMPUR - KULIM - KUALA NERANG


UniKL xde MQA? Perlu MQA tak?
UniKL tak perlu MQA, mahu MQA? sila ke Universiti lain

Graduan UniKL tak boleh join BEM=Board of Engineer Malaysia?
Tak perlu dan tak penting, BEM utk Engineering pure, UniKL adalah Engineering Technology

Engineering VS Engineering Technology, apa tuh?
Engineering = baca buku, hafal buku, telan buku dan tgok lecturer/technician buat demo dlm class/lab/workshop

Engineering Technology = baca buku, tgok lecturer/technician buat demo, lepas tu try sendiri dlm class/lab/workshop utk dpt pengalaman

Mana best antara UniKL dgn Universiti lain?
Tak ada universiti yg best dan tak ada universiti yang tak best, semua ada kelebihan & kekurangan

Dapat biasiswa tak? Kene buat loan tak? MARA ke PTPTN?
Biasiswa? 
Foundation UniKL : Ya, dapat MARA dgn syarat2 tertentu
UniKL : Tidak, kene buat loan

Loan? Yes
Loan MARA utk UniKL
Loan PTPTN utk IPTA

Campus UniKL mana best?
Sila masuk UniKL atas dasar minat kpd course bukan sbb campus best, hostel, pakgad baik, lecturer mana garang, jika tidak, sila ke Universiti lain

Hostel mana best?
Hostel best atau tidak bergantung kpd penghuni hostel tu. kalo hostel UniKL tu dibuat di Palace of Golden Horses tp perangai penghuni hostel mcam beruk hostel macam istana pon boleh jd pusat pembuangan sampah, nak senang? duduk rumah atau sewa luar

Sem 1 wajib duduk dalam hostel, next sem ikut anda

Course apa best?
Suma course best, suma course bleh dapat kerja, kalo tak buat apa bukak course tu?

Dapat kerja tak lepas belajar UniKL?
Graduan universiti/kolej mana yg tak dapat kerja? 

Sijil Foundation boleh apply mana?
Lepasan Foundation boleh sambung di UniKL & mana2 IPTS yg iktiraf Foundation spt UTP, tetapi sila buat permohonan sendiri, kalau berminat nak sambung di IPTA, sila ambil MUET sendiri, apa tu MUET? Malaysia University English Test, UniKL tak perlu MUET



Created by:
Mohd Firdaus Bin Mohd Isa
3rd Batch Foundation UniKL, Kolej MARA Kulim
Institute Product Design and Manufacturing, Universiti Kuala Lumpur (UniKL IPROM)

Sunday, February 6, 2011

sekilas...sihat~

salam everyone~!

mari kita tengok sekali imbas tentang info sihat~ nak jadi sihat x? mesti la nak kan..hehe jom baca.. :D


  • Makan la dark chocolate setiap hari selepas waktu pejabat @ belajar kerana ia mampu mengurangkan gejala keletihan kronik.

  • Kekurangan zink dalam tubuh akan menjejaskan kesuburan lelaki kerana sperma memerlukan zink untuk berfungsi dengan sempurna. Selain daging, gandum, kekacang & bijirin tinggi dengan kandungan zink.
  • Petanda anda terlebih makan adalah anda akan terasa mengantuk & letih selepas jam 2 petang.

  • 1 liter air mengandungi kira - kira 100 000 bakteria. so0, pastikan anda memasak air dengan sempurna sebelum diminum..@ minum air yang bertapis.
  • Perokok bukan sahaja berisiko diserang sakit jantung sebaliknya diabetis jugak sebab perokok lebih cenderung menikmati makanan manis berbanding individu yang tidak merokok.

  • Secawan teh hijau dapat membantu menyediakan tubuh anda menentang jangkitan kerana kandungan polyphenols & flavanoid di dalamnya dapat membantu meningkatkan imunisasi tubuh.
  • Kita menghabiskan masa purata 2 minggu seumur hidup untuk bercium. Ciumlah pasangan anda selalu kerana ia akan membuatkan hidup lebih dihargai..(untuk orang yang berkahwin jer...yang xkahwin lagi jangan ngada2 nak try yer..hehehe) 

  • Bersenamlah jika mahu jadi awet muda. Melalui senamam, otot kekal anjal & tulang juga tidak mudah rapuh.
  • Sapukanlah minyak pudina di kepala jika pening kerana kandungan methol di dalamnya mempunyai kuasa melegakan.

  • Omega -3 berkhasiat dalam mengurangkan gejala mata kering. Ikan sardin & salmon baik untuk dicuba.
  • Mandian air suam bersama titisan esen lavender mampu membuatkan tidur malammu lena diulit mimpi.


  • Luangkan masa 10 minit untuk berbual kerana manfaatnya sama sepertianda bermain teka silang kata kerana ia dapat membantu mempertingkatkan fungsi minda anda.
  • Berus gigi perlu diletakkan 6 kaki jauh dari mangkuk tandas untuk mengelakkan terkena  kuman yang disebarkan melalui udara setelah tandas dipam. 
till then..

Saturday, February 5, 2011

bunga oh bunga

salam everyone~!

arinieh nak share sal bunga~ bunga oh bunga..i lyke to0..tapi xpernah dapat pown hehe..bertuah sape yang penah dapat..hehe kinda jeles..hehe bunga membawa maksud cinta, kesedihan, tahniah atau meraikan hari - hari yang sangat penting dalam kehidupan. Bunga sangat penting sebab bunga nie kan macam perantaraan dalam untuk menyatakan perasaan..hee~!
merah : 
Warna merah membawa maksud kesungguhan dan cinta yang mendalam. Kebanyakan pasangan kekasih gemar hadiahkan kekasih mereka dengan mawar merah kerana kecantikan bunga yang memberi tenaga & kuasa. semakin gelap warna merah, semakin tebal cinta seseorang itu. 

jingga : 
Mawar jingga melambangkan keyakinan & kesungguhan dalam kehidupan. Mawar jingga memberi maksud seorang jejaka itu telah bersedia melangkah ke alam percintaan.

kuning :
Mawar kuning membawa maksud kegembiraan kerana warnanya terang mampu menceriakan seseorang dan membawa maksud persahabatan atau pemberian tersebut membawa maksud si dia telah memberikan kamu peluang kedua.
hijau :
Mawar hijau memberi maksud tuah & kesihatan. Ia juga membawa maksud penjanaan kualiti keremajaan & masa depan yang bertuah.so0, kalau ada orang bagi bunga nieh, tue tandanya dia ambil berat pasal kesihatan kamu..

biru :
Mawar biru berkeupayaan menghapuskan kerisauan kerana warna ini membawa maksud ketenangan & kedamaian.so0, bagi la kat si dia kalau de risau...hehe

putih :
Putih melambangkan keaslian & penghargaan. Bunga ni sering di bagi untuk orang yang sedang melangkah ke fasa baru dalam kehidupan seperti perkahwinan @ kematian.
ungu : 
Pemberian mawar ungu membawa maksud cinta pandang pertama. Kecantikan warna ungu membawa elemen romantik & merupakan warna terbaik untuk menzahirkan penghargaan.

so0, pilih la mana satu bunga yang terbaik untuk melambangkan perasaan anda terhadap seseorang..hehe

till then...






Friday, December 24, 2010

10 tabiat rosakkan otak....

salam everyone~!

just nak share~~ facts yang boleh rosakkan otak..so0 jangan amalkan tabiat ini..hehe


1. Tidak mengambil sarapan pagi
  • Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
  • Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok
  • Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.
4. Penggunaan gula yang berlebihan
  • Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
  • Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur
  • Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur
  • Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
  • Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
  • Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir
  • Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
 ~~taken from layarminda(facebook)~~ <mohon share..hehe>

Monday, December 13, 2010

L.E.L.A.K.I

salam everyone~!

saja jer nak share pasal LELAKI... 

1. Bila LELAKI sibuk >>>> Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta LELAKI menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila LELAKI ego
>>>> Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila
LELAKI romantik >>>> Ajaklah LELAKI bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila
LELAKI panas baran >>>> Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila
LELAKI penat >>>> Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini LELAKI hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila
LELAKI pentingkan diri sendiri >>>> Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila
LELAKI mengongkong >>>> Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila
LELAKI selamba >>>> Cuba tarik perhatian LELAKI. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila
LELAKI curang >>>> Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar LELAKI curang, bersemuka dan tanya dengan LELAKI mengapa bersikap begitu. Tapi kalau LELAKI tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila
LELAKI lurus bendul >>>> Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.

Tuesday, December 7, 2010

bila kita sayang~

salam everyone~!
  • Bila kita sayang orang tu kita terima je apa yg org tu kata tapi bila dia kata kat kita? Hati kata takpe, manusia tak sempurna (hatyku kata, evenku syg pown..law de kata sesuatu yg saket haty,cakap jer cili mulut 2 maw? hahaha)
  • Bila kita sayang orang tu kita tunggu dia lama pun takpe tapi bila dia tunggu kita?? dia marah2 hati kata ala, adatlah ada yang menunggu dan ditunggu (hatyku kata..biar la dia tggu..lama2 cari jugak..saja nak test..)
  • Bila kita sayang orang tu kita tak tido pun tak pe layan dia yg tengah bosan, Tapi bila kita bosan Ada dia layan kita? Hati kate tak pe, dia busy kot! (hatyku kata, nyampahnyer ngan de..tapi ttp sabar haha)
  • Bila kita sayang orang tu kita call nak cakap dengan dia tapi dia gayut dengan orang lain ,Bila jadi camtu Hati kata tak pe, dia ada hal nak cakap dengan kawan dia(hatyku kata, wutever..bila xcall..suro org call pulak..cari jugak kan...)
  • Bila kita sayang orang tu kita bercerita dengan dia, rasenye cerita dengan tunggul lagi baik tapi bila dia bercerita dengan kita, kita dengar, semua kite ingat Hati kata tak pe, sayang katakan…(hatyku kata, would not tell him anymore..lantak kau lah..malas nak share...hahaha)
  • Bila kita sayang orang tu kita dengan dia lapar Tapi kita bagi semua roti kita kat dia Hati kata, ala jagalah hati dia, kesian dia….(hatyku kata, makan la sorang sikit.hehe baek x? haha)
  • Bila kita sayang orang tu kita jadi macam orang gila dengar dia sakit, Tapi bila kita sakit, Dia siap kuar dengan kawan2 dia, Hati kata, ala tak pe, takkan dia nak berkepit dengan kita 24 jam(hatyku kata, xkesah lgsg pown xpe..ramai lagi yg kesah..hehe)
  • Bila kita sayang orang tu kita sayang nak tinggalkan dia buat selama2nya Tapi dia tak tahu kita berdepan dengan maut, Walaupun kita sakit, dia kata kat kita, sakit biasa2 je, jangan nak mengada-ngada Hati kata, macam manalah dia bila kita tak ada, mesti dia gembira... kan?(hatyku kata, mula2 mesty la dia happy, tapi konferm tido xlena lps 2..sbb sebelum maty, maybe akn buat sumthing sampai de rasa bersalah..biar de tahu..haha)
  •  
     haha hatyku tetap xkan sama macam pompuan laen..undefined..sebab 2 de cakap susah nak faham haty aku...lelaki yang buat aku jadi macam 2....hua3x

    Sunday, December 5, 2010

    jodoh di tangan ALLAH

    salam everyone~!
    just nak share..renung2 kan larh..ini juga untuk aku..

    Ya Allah, seandainya engkau catatkan,
    Dia milikku tercipta buatku,
    satukanlah hatinya dengan hatiku,
    Ya Tuhan Maha Mengasihi,
    seiringkanlah kami melayari hidup ini,
    ketepian yang sejahtera dan abadi

    Tetapi Ya Allah, seandainya telah engkau takdirkan,
    dia bukan milikku,
    bawalah ia jauh dari pandanganku,
    luputkanlah ia dari ingatanku,
    Dan peliharalah aku dari kekecewaan.

    Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti,
    berilah aku kekuatan,
    melontar bayangannya jauh ke dada langit,
    hilang bersama senja nan merah,
    agar aku tetap bahagia walaupun tanpa bersama
    dengan dirinya.

    Ya Allah Ya Tuhanku,
    pasrahkanlah aku dengan takdirmu,
    sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan,
    adalah yang terbaik buatku,
    kerna Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik
    buat hamba-mu ini

    Ya Allah yang tercinta,gantilah yang telah hilang
    tumbuhkanlah kembali yang telah patah
    jika dia bukan ditakdirkan untuk diriku
    berikanlah aku insan yang lebih baik
    jika dia bukan jodohku

    Ya Allah,cukuplah engkau sahaja
    menjadi pemeliharaanku di dunia dan di akhirat
    Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini
    jangan engkau biarkan aku sendirian
    di dunia mahupun diakhirat
    jauhkanlah aku dari terjurus ke arah
    kemaksiatan dan kemungkaran

    Maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman
    supaya aku dan dia sama-sama dapat membina
    kesejahteraan hidup ke jalan yang engkau redhai
    dan kurniakan kepadaku keturunan
    yang soleh dan solehah
    berilah kami kebahagiaan hidup
    di dunia dan di akhirat

    Friday, December 3, 2010

    ::C.I.N.T.A. ::S.A.Y.A.N.G. :: S.U.K.A. :: M.I.N.A.T. ::

    salam everyone~!

    just nak share apa bezanya cinta, sayang, suka & minat..


    Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat mesty nak dia tahu..kita akan buat seboleh mungkin supaya kita x sakitkan hati dia. kita akan sentiasa terfikir tentang dirinya. (maksud lain : cinta tue  di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan dia sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tahu jer)


    Sayang - Kita perlukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (maksud lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membazirkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


    Suka - Kita sukakan dia sebab dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita xde la nak rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(maksud lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita...)


    Minat - Sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(maksud lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

    Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita 
    tidak akan CINTA pada seseorang itu…