FOLLOWERS

Sunday, February 6, 2011

sekilas...sihat~

salam everyone~!

mari kita tengok sekali imbas tentang info sihat~ nak jadi sihat x? mesti la nak kan..hehe jom baca.. :D


  • Makan la dark chocolate setiap hari selepas waktu pejabat @ belajar kerana ia mampu mengurangkan gejala keletihan kronik.

  • Kekurangan zink dalam tubuh akan menjejaskan kesuburan lelaki kerana sperma memerlukan zink untuk berfungsi dengan sempurna. Selain daging, gandum, kekacang & bijirin tinggi dengan kandungan zink.
  • Petanda anda terlebih makan adalah anda akan terasa mengantuk & letih selepas jam 2 petang.

  • 1 liter air mengandungi kira - kira 100 000 bakteria. so0, pastikan anda memasak air dengan sempurna sebelum diminum..@ minum air yang bertapis.
  • Perokok bukan sahaja berisiko diserang sakit jantung sebaliknya diabetis jugak sebab perokok lebih cenderung menikmati makanan manis berbanding individu yang tidak merokok.

  • Secawan teh hijau dapat membantu menyediakan tubuh anda menentang jangkitan kerana kandungan polyphenols & flavanoid di dalamnya dapat membantu meningkatkan imunisasi tubuh.
  • Kita menghabiskan masa purata 2 minggu seumur hidup untuk bercium. Ciumlah pasangan anda selalu kerana ia akan membuatkan hidup lebih dihargai..(untuk orang yang berkahwin jer...yang xkahwin lagi jangan ngada2 nak try yer..hehehe) 

  • Bersenamlah jika mahu jadi awet muda. Melalui senamam, otot kekal anjal & tulang juga tidak mudah rapuh.
  • Sapukanlah minyak pudina di kepala jika pening kerana kandungan methol di dalamnya mempunyai kuasa melegakan.

  • Omega -3 berkhasiat dalam mengurangkan gejala mata kering. Ikan sardin & salmon baik untuk dicuba.
  • Mandian air suam bersama titisan esen lavender mampu membuatkan tidur malammu lena diulit mimpi.


  • Luangkan masa 10 minit untuk berbual kerana manfaatnya sama sepertianda bermain teka silang kata kerana ia dapat membantu mempertingkatkan fungsi minda anda.
  • Berus gigi perlu diletakkan 6 kaki jauh dari mangkuk tandas untuk mengelakkan terkena  kuman yang disebarkan melalui udara setelah tandas dipam. 
till then..

No comments:

Post a Comment